Indah sungguh ciptaan Allah,
Telah Dia menciptakan makhluknya dari sebesar-besar alam hinggalah sekecil-kecil zarah,
Telah Dia ciptakan tanpa sebarang kecacatan,
Tanpa sebarang kelalaian,
Kesemuanya telah diciptakan dengan sempurna.
Begitulah juga penciptaan makhluk manusia,
Diciptakannya kita akal untuk kita berfikir,
Diciptakannya deria untuk kita merasa,
Diciptakannya rezeki untuk kita bersyukur,
Kesemuanya telah diciptakan dengan sempurna.
Aku bersyukur atas limpah dan kurnia nikmat,
Takkan sedikitpun aku bersedih lagi atas rezeki yang kau berikan kepadaku,
Kerana kau tuhan maha kaya dan maha pemberi rezeki,
Jika sekalipun aku mempunyai sebuah bumi yang sarat dengan emas, perak, intan, belian,
Lalu ku hadiahkan bumi itu kepadamu,
Sama sekali ia tidak dapat menambah kekayaanMu,
Kerana hadiahku itu hanyalah sekecil hujung jarum atau hujung rambut bagiMu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.