Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Untuk kesekian kalinya, akhirnya ku dapat rasakan besarnya kenikmatan islam itu.
Ya, Aku berbangsa Melayu dan beragama Islam semenjak lahir.
Tapi perlakuanku, tingkah lakuku, hatiku, pemikiranku, naluriku, seperti tidak ada bezanya dengan orang Jahiliah.
Benar kata kumpulan Raihan,
"Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa,
Iman tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai"
Dahulu aku Solat adalah kerana dipaksa oleh ibuku,
Dahulu aku mengaji adalah kerana mengikut sahabat-sahabat ku,
Dahulu adalah mencari ilmu adalah kerana ingin bermegah diatas duniaMu,
Tetapi sebenarnya aku hanya menurut tanpa sebenar-benar mengenaliMu,
kini tidak lagi,
Tuhan yang selama ini kuanggap kejam rupanya dialah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
Tuhan yang selama ini kuanggap kedekut rupanya dialah yang maha pemberi rezeki,
Tuhan yang selama ini kuanggap pendendam rupanya dialah yang maha pengampun.
Ya Allah, ampunkanlah aku atas kekhilafan ku selama ini,
Telah ku sedar akan kekuasaanMu itu,
Aku bersyukur atas segala kejadian yang kau telah pentaskan kepadaku.
Syukran.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.